Blogger Templates

Tuesday, July 10, 2012

SIMPANGLAMA PROJECT




Assalamualaikum. mesti tertanya kan poster amende ntah yang aku post kat atas ni.huhuhu tak tanye pun takpe aku tetap nak bagitau poster tu sebenarnya untuk final project subject "DIGITAL AUDIO VIDEO" aku  waktu aku semester 3 kat "KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH". Yang buat filem pendek ni bukan aku sorang je tau huhu mampuih la aku buat final project ni sengsorang, sebenarnya aku ada group aku sendiri yang diberi nama "BUBU PRODUCTION" huhu comel kan nama tu sebab perempuan yang bagi kalau lelaki aku rasa nama lagi comel kot haha, ok ahli kumpulan aku terdiri daripada aku(faiz), herojuana(mel), kechik(farhan), Syed stone, Ain(deder), Shee, dan Annis (bubu). Cerita ni mengisahkan 4 remaja Anwar,Hadi,Hanis dan Nurul nak pergi bercuti meluang masa berkelah di suatu tempat peranginan. Pada hari yang telah mereka tetapkan untuk pergi bercuti kereta Hadi telah mengalami kerosakan dan terpaksa diservis maka mereka terpaksa bertolak lewat petang. Untuk memendek kan perjalanan Hadi memberi cadangan mengikut jalan pintas iaitu jalan "SIMPANG LAMA" tetapi dibangkang oleh Hanis kerana terdapat pelbagai kisah menyeramkan yang terjadi kawasan jalan tersebut, tetapi Hadi berdegil dan tidak mempercayai kisah2 tersebut dan menganggap itu hanyalah cerita untuk takut2 pengguna jalan tersebut dan tambahan pula Nurul seorang yang bermulut celupar mengatakan perkara tersebut hanyalah tipu dan tidak wujud. Setelah mereka melalui jalan tersebut Hadi ternampak kelibat dan cuba mengelak, apabila Nurul memeriksa keadaan diluar tiada apa2. dan mereka meneruskan perjalanan dan gangguan terus menghantui mereka. takmau cerita panjang hangpa tengok je la nah link video tu, and sorry if ada kekurangan sebab kitorang masih newbie in dunia filem2 ni  huhuhuhu


Background aku

My photo
Ipoh, perak, Malaysia
diploma in multimedia addict photography addict photomanipulation addict art&design addict music

Kawanku